Oleh : SUBKHI SUDARJI
PENGENDALI Sang Garuda, Shin Tae-Yong mahu memastikan saingan merebut slot akhir Piala AFFF 2020 tidak ditentukan dengan sepakan penalti.
Tegasnya dengan keputusan seri 1-1 pada separuh akhir pertama 22 Disember lalu, pengendali kelahiran Korea itu mahu menyelesaikan perlawanan separuh akhir kedua ini dalam tempoh 90 minit.
“Saya tidak terfikir pun untuk ke penentuan sepakan penalti dan kami mahu menamatkan perlawanan sebelum itu. Sudah tentu ia satu kemungkinan tetapi ia bukan dalam perancangan saya sama sekali,” tegasnya.
Sementara itu dalam perkembangan sama, juara lima kali Piala AFF itu bakal kembali diperkuatkan dengan Ramai Rumakiek yang tidak diturunkan pada aksi pertama ekoran penggantungan perlawanan.
Ujar pemain kelab Persipura Jayapura itu, dia kini bersedia sepenuhnya untuk membantu pasukan memastikan buruan kejuraan kali keenam buat pasukan menjadi kenyataan.
“Saya tidak dapat bermain untuk perlawanan pertama tetapi saya berharap mendapat peluang untuk bermain malam ini.
“Pemain tidak letih langsung, sebaliknya kami teruja untuk perlawanan itu dan jurulatih Shin telah memberi kami rancangan yang baik jadi kami yakin kami boleh mencapai kejayaan,” katanya.
Add Comment