Bola Sepak

Piala AFF 2020 : Hadiah Krismas buat rakyat Singapura


Oleh : SUBKHI SUDARJI

THE Lions  mahu memastikan kejayaan melangkah ke pentas akhir Piala AFF 2020 malam ini dijadikan sebagai hadiah Krismas buat semua peminat bola sepak Singapura.

Namun ia bukan tugas mudah buat anak didik Tatsuma Yoshida dengan keputusan seri 1-1 diraih pada aksi pertama separuh akhir sebelum ini dan aksi kedua malam ini akan menentukan pasukan mara ke pentas akhir.

Bagi Yoshida, mengakui pasukannya bakal berdepan cabaran sukar selain tempoh masa rehat yang singkat namun percaya kemampuan barisan pemainnya.

“Kami akan bermain pada Krismas dan  mahu memberikan hadiah Krismas kepada semua peminat Singapura dan untuk bola sepak Singapura.

“Ia akan menjadi perlawanan yang sukar, kami tidak boleh meningkatkan tahap kemahiran atau tahap taktikal kami dalam masa yang singkat tetapi kami boleh meningkatkan semangat dan motivasi berpasukan kami dan saya sentiasa percaya dan percaya kepada pasukan saya.

“Saya tidak mempunyai sebarang rancangan untuk penalti dan mahu menamatkan dalam masa 90 minit tetapi sudah tentu kedua-dua masa tambahan dan penalti mungkin boleh dilakukan,” jelasnya.

Untuk rekod kali terakhir Singapura beraksi dipentas final adalah 2012 dimana mereka menamatkan saingan dengan kejuaraan menewaskan Thailand menerusi agregat 3-2.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading