KELAB Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah menunjukkan bagaimana kuatnya jenama kelab pada tahun 2021 meskipun berhadapan dengan ketidaktentuan ekonomi dunia akibat dari pandemik Covid-19.
Menerusi hantaran pada akaun media sosial Johor Southern Tigers, walaupun kelab telah mengalami kekurangan pendapatan sebanyak RM35 juta pada tahun 2020 disebabkan pandemik, 2021 menyaksikan JDT berjaya mendapatkan kerjasama baharu dengan beberapa syarikat antarabangsa yang terkemuka.
“Malahan kelab juga berupaya mengumumkan pelan pembinaan pusat latihan bersepadu bertaraf mega.
“Pada tahun 2021, JDT telah mengumumkan kerjasama dengan UNICEF Malaysia, Aston Martin Racing Asia, Subway dan F&N. Ketika ini juga kelab sedang dalam proses akhir untuk memuktamadkan penajaan baharu yang bernilai jutaan Dolar Amerika.
“Antara penaja antarabangsa utama JDT yang lain adalah termasuk Nike dan Hublot.
“JDT juga adalah entiti sukan di Malaysia dengan pengikut terbanyak iaitu hampir 5 juta menerusi platform Facebook, Instagram, Twitter dan YouTube. Luaskan Kuasamu Johor,” ujar kenyataan tersebut.
Add Comment