Bola Sepak

Liga M 2022 : Darren Lok menghitung hari


PENYERANG Petaling Jaya City FC, Darren Lok kini mengharapkan agar kecederaan yang dialaminya musim ini hingga membataskan peranannya mampu diatasi sepenuhnya sebelum saingan Liga Malaysia 2022 bermula.

Darren telah terlepas sebanyak 13 perlawanan Liga Super susulan kecederaan di bahagian fibula dan turut diketepikan dalam skuad kebangsaan tempoh hari apabila mengalami kecederaan otot di bahagian perut.

Pastinya, ia bukan musim yang memuaskan untuk pemain berdarah kacukan ini kerana dia percaya mampu untuk memberikan yang lebih baik sekiranya tidak dihantui dengan kecederaan apabila telah menjaringkan enam gol di pentas Liga Super dan Piala Malaysia.

“Otot di bahagian perut saya ada sedikit koyak dan saya diberitahu ia akan memakan masa dalam empat hingga enam minggu untuk betul-betul pulih sepenuhnya.

“Kecederaan ini semakin baik cuma tidak 100 peratus lagi, jadi sebab itu saya kena pastikan semuanya akan kembali baik seperti biasa sebelum sepak mula musim depan.

“Jujurnya saya rasa saya boleh menjaringkan lebih banyak jika tidak cedera sebelum ini dan mungkin peluang untuk bersaing menjadi penjaring terbanyak itu akan ada untuk saya.

“Tapi, nak buat macam mana sebab kecederaan tetap berlaku dan sekarang adalah untuk lebih bersedia mempersiapkan diri di mana saya tekad ingin beraksi lebih cemerlang pada musim depan”, jelasnya.

Kekal bersama PJ City untuk musim depan, Darren tidak menolak pasukan itu telah menjadi medan terbaik untuk dirinya kembali menyerlah selepas mengakui cukup bergelut ketika bersama Terengganu FC pada musim 2020.

Untuk rekod, PJ City telah menamatkan aksi dalam saingan Liga Super di kedudukan ketujuh pada musim ini.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading