Bola Sepak

FAM hulur sumbangan kepada Azman Adnan


Mohd Saifuddin (kiri) menyerahkan sumbangan kepada Azman pada Jumaat.

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) tampil menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada bekas penyerang kebangsaan, Azman Adnan yang kediamannya di Taman Sri Nanding, Hulu Langat, Selangor turut dilanda banjir, beberapa hari lalu.

Sumbangan disampaikan  Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar dan Exco FAM, ACP (Bersara) Md Dali Wahid telah kepada Azman, pagi Jumaat untuk sedikit sebanyak membantunya yang sedang menghadapi musibah.

Bantuan dan sumbangan tersebut merupakan inisiatif daripada Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin yang sentiasa peka dengan kebajikan pemain dan bekas pemain terutama kepada mereka yang telah banyak berjasa dan menabur budi kepada negara.

Sementara itu, Azman yang membahasakan dirinya sebagai ‘abang’ meluahkan terima kasih kepada FAM kerana sudi hadir bertanya kabar dan menyampaikan bantuan bagi meringankan bebannya.

“Abang amat terharu dan berharap jika ada bekas pemain lain yang ditimpa musibah seperti ini mendapat bantuan yang sewajarnya.

“Tahniah FAM kerana sentiasa peka dengan kebajikan pemain dan bekas pemain terutama kepada mereka yang telah banyak berjasa dan menabur budi kepada negara,” jelasnya di ruangan komen Facebook rasmi FAM.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: