Bola Sepak

Liga M 2022 : Woodland bakal sertai keluarga TFC ?


SELEPAS membawa masuk beberapa pemain import bagi memperkuatkan pasukan musim depan, Terengganu FC bakal mengumumkan ayam tambahan baharu yang merupakan pemain tengah Filipina, Luke Woodland bagi melengkapkan kuota import Aseannya.

Difahamkan perbincangan bersama pemain yang beraksi dengan pasukan Ratchaburi Mitr Phol di Liga Thai berada diperingkat akhir  bersama pengurusan TFC.

Aksi Woodland bukanlah asing dalam saingan Liga Malaysia apabila pernah beraksi KL City FC pada tahun 2019 dengan membuat 16 penampilan bersama KL City FC sebelum berhijrah ke Ratchaburi Mitr Phol.

Mampu beraksi diposisi tengah, pemain yang mempunyai darah kacukan England-Filipina itu juga boleh bermain sebagai pertahanan tengah dengan memiliki berketinggian 1.83 meter itu serta mempunyai 23 penampilan antarabangsa bersama Filipina.

Jika benar, pastinya kehadiran Woodland akan memberikan lebih pilihan buat Nafuzi Zain selaku Ketua jurulatih untuk memperkuatkan lagi jentera tengah TFC.

Turut menyertai keluarga TFC musim depan ialah beberapa import sedia ada seperti Jordan Mintah, Argzim Redzovic dan Habib Haroon dikekalkan dalam skuad.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: