Bola Sepak

Keputusan pengambilalihan UiTM FC bakal diputuskan hari ini ?


Oleh : SUBKHI SUDARJI

KEPUTUSAN sama ada Kelab Bolasepak Universiti Teknologi Mara (UiTM FC) bakal diambil alih  syarikat korporat untuk mengharungi saingan Liga Premier musim 2022 hanya diputuskan dalam mesyuarat pengurusan UiTM, hari ini.

Mesyuarat yang bakal dihadiri pengurusan tertinggi UiTM itu akan mengadakan perbincangan dan keputusan hala tuju pasukan serta tawaran dikemukakan syarikat swasta berkenaan.

“Mesyuarat kali ketiga ini akan membincangkan tawaran dan pengambilalihan Uitm FC selepas syarikat swasta terbabit yang menjalankan perniagaan perdagangan dan dimiliki anak tempatan ini telah mengadakan taklimat dan penerangan terperinci jangka masa panjang kepada Naib Canselor UiTM.

“Mesyuarat kali ketiga hari ini susulan perjumpaan dan penerangan kepada Naib Canselor UiTM dua minggu lepas.

“Apa yang boleh saya kongsikan hasil pembentangan tersebut, perkembangan positif dinyatakan UiTM dan segalanya berjalan lancar,” jelas sumber terbabit.

Jelasnya lagi, menerusi pembentangan yang dinyatakan syarikat terbabit, beberapa pelan jangka masa panjang telah dibentangkan dengan pendekatan perancangan perniagaan kedua-dua pihak.

“Pengambil alihan  UiTM FC ini dilihat lebih kepada usaha menyelamat pasukan dari terkubur dalam saingan Liga Malaysia musim depan memandangkan tarikh akhir pendaftaran pasukan adalah 29 Disember nanti.

“Selain itu, jika benar perancangan ini berjaya, masalah pembayaran gaji serta peruntukan kewangan bagi pasukan Piala Presiden dan Belia serta pembangunan akan ditanggung sepenuhnya syarikat terbabit,” katanya.

Terdahulu, CAKAPSUKAN turut melaporkan bahawa The Lion Troops bakat tampil dengan lebih menyakinkan dan berwajah baharu apabila bakal diambil alih syarikat korporat untuk mengharungi saingan Liga Premier musim 2022.

 

 

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: