Bola Sepak

Piala AFF 2020 : Langkah pertama untuk bergelar juara – Polking


PENGENDALI Thailand, Alexandre Polking menyifatkan kejayaan pasukannya menewaskan juara bertahan Vietnam, 2-0 pada separuh akhir pertama Piala AFF 2020 adalah Langkah pertama untuk bergelar juara.

Namun baginya dia tidak mahu barisan pemainnya terus terleka dengan pujian susulan dengan fokus utama ketika ini adalah menjelang aksi kedua pada 26 Disember nanti.

“Kami mempunyai kelebihan kecil dengan dua gol itu, ia adalah langkah pertama yang penting tetapi ia belum selesai.

“Kami perlu menyesuaikan beberapa perkara dan tahu boleh bermain lebih baik daripada ini tetapi yang penting juga untuk mendapatkan keputusan.

“Pada separuh masa kedua kami mengubah beberapa perkara dalam cubaan untuk kekal kompak tetapi malangnya kami terlepas sepakan penalti atau ia mungkin satu rancangan yang sempurna tetapi ia sudah berakhir sekarang dan kami perlu berehat dan pulih,” jelasnya.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Nasional Singapura, Vietnam tewas dengan dua gol tanpa balas kepada Gajah Perang menerusi jaringan ketua pasukan, Chanathip Songkrasin pada minit ke-14 dan 23.

 

 

 

 


Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: