
TEWAS di tangan Thailand pada aksi separuh akhir pertama Piala AFF 2020 pastinya membuatkan pengendali Vietnam Park Hang-seo tidak senang duduk.
Vietnam tewas dengan dua gol tanpa balas kepada Gajah Perang di Stadium National Singapura menerusi Chanathip Songkrasin pada minit ke-14 dan 23′.
Bagaimana pun pada babak kedua Vietnam cuba bangkit merapatkan jurang, namun semua percubaan mereka tidak berjaya dilaksanakan.

Ia sekaligus menyaksikan rekod tanpa kalah Golden Star Warriors ke atas pasukan Asean akhirnya lebur di tangan Thailand.
Bagaimanapun mereka masih lagi mempunyai peluang untuk menebus kembali dengan mata kemenangan menjelang aksi separuh akhir kedua Ahad ini.
Sementara itu, ketua jurulatih Thailand Alexander Polking pastinya berhati-hati dengan kemenangan pertama ini kerana dua gol belum memberi keselesaan untuk melangkah kaki ke final.
Add Comment