Bola Sepak

Nurul Azurin terbang ke India cari pengalaman


Nurul Azurin berguru di India selama dua bulan. Foto: PFAM

PENJAGA gol wanita negara, Nurul Azurin Mazlan berlepas ke India bagi meneruskan cita-cita untuk mencari pengalaman berharga di luar negara.

Pemain bola sepak wanita berusia 21 tahun itu ditawarkan berlatih selama dua bulan bersama sebuah kelab Liga Amatur India.

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM), Izham Ismail turut meluangkan masa menemui Nurul Azurin Mazlan di KLIA sebelum dia berlepas ke India Rabu malam.

Izham meluangkan masa bertemu Nurul Azurin sebelum berlepas ke India Rabu malam. Foto: PFAM

Sebelum berlepas juga, Nurul Azurin turut dihubungi Presiden PFAM Safee Sali bagi memberikan kata-kata semangat kepada pemain ini.

Nurul Azurin antara penjaga gol wanita muda negara yang sentiasa tampil dengan prestasi cemerlang termasuk ketika  aksi kemenangan 2-0 ke atas Palestin pada Kelayakan Piala Asia Wanita 2022 September lalu.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: