Antarabangsa

Ikhsan Fandi sertai abangnya di Liga Thailand


Ikhsan akan mengikut jejak abangnya bermain dalam Liga 1 Thailand. Foto: AFF

PEMAIN muda prolifik Singapura, Ikhsan Fandi menyertai kelab BG Pathum bersama abangnya Irfan.

Ikhsan,22, sebelum ini bersama kelab Norway, FK Jerv dilaporkan bersetuju berpindah ke Liga 1 Thailand dengan nilai perpindahan lebih daripada S$68,300 (RM210,947) dan bakal menerima gaji melebihi enam angka.

Minggu lalu, Ikhsan dilaporkan menjadi pemain Singapura pertama beraksi dalam Liga Eliteserien (Norway) selepas kelabnya FK Jerv menang 8-7 menerusi penentuan penalti dalam aksi ‘play off’ perebutan naik ke liga utama itu.

Ikhsan tiba di Norway pada 2019 menyertai Raufoss IL dan setahun kemudian dia berpindah ke FK Jerv.

Sepanjang tempoh di Norway, Ikhsan telah meledak 16 gol dalam 77 perlawanan.

Kedua-dua mereka merupakan anak kepada legenda bola sepak Singapura.

Ikhsan beraksi di posisi penyerang, manakala Irfan pula sebagai pertahanan di BG Pathum United.

Pengumuman tersebut dibuat di Instagram kelab pada Rabu.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading