Antarabangsa

Buffon belum terfikir untuk bersara


Buffon kini bersama kelab lamanya, Parma.

PENJAGA gol legenda Gianluigi Buffon tidak merancang untuk bersara biarpun umurnya bakal mencecah 44 tahun bulan depan.

Buffon yang sudah 25 tahun bergelar pemain bola sepak profesional kini kembali ke kelab lamanya, Parma.

Bekas pemain Juventus ini telah melakar namanya dengan baik sebagai penjaga gol, namun dia belum ada perancangan untuk menyimpan ‘sarung tangannya’.

Malah dia bercadang unutk bermain di Mexico atau Amerika Syarikat sebelum bersara.

“Saya ingin bermain di Mexico atau Amerika Syarikat, namun akan bersara lebih awal jika berjaya merangkul trofi Liga Juara-Juara.

“Masih ada lagi pengalaman yang saya mahu cuba, tetapi kita akan lihat yang berlaku. Jika anda tanya apa yang saya akan buat pada masa depan, secara jujur saya masih belum tahu. Mungkin sebagai pengurus atau jurulatih.

“Tetapi sekarang, apa yang saya tahu adalah terus ‘bergerak ke depan’.

“Masih belum berjaya trofi Liga Juara-Juara menjadikan semangat saya terus hidup untuk beraksi. Saya tidak ada objektif lain selain daripada ini,” jelasnya.

Sebagai rekod, Buffon menghabiskan 17 tahun kariernya bersama Turin dengan memenangi 10 trofi Scudettos, lima kali juara Coppa Italia dan tiga kali ke final Liga Juara-Juara.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: