Antarabangsa

Ikhsan jadi pemain pertama Singapura beraksi dalam liga utama Norway


Ikhsan antara ‘ayam tambatan’ Singapura. Foto: AFF

PENYERANG muda, Ikhsan Fandi bakal menjadi pemain Singapura pertama beraksi dalam liga utama Norway, Eliteserien.

Ikhsan,22, anak kepada legenda bola sepak Singapura Fandi Ahmad mendapat perkhabaran gembira itu selepas kelabnya FK Jerv menang 8-7 menerusi penentuan penalti dalam aksi ‘play off’ perebutan naik ke liga utama itu.

Pemain kebangsaan Singapura itu kini sedang beraksi dalam kempen Piala AFF Suzuki 2020 dan bakal bertemu Thailand untuk saingan terakhir Kumpulan A esok.

 

Ikhsan tiba di Norway pada 2019 menyertai Raufoss IL dan setahun kemudian dia berpindah ke FK Jerv.

Sepanjang tempoh di Norway, Ikhsan telah meledak 16 gol dalam 77 perlawanan.

Manakala dalam kempen Piala AFF ini, Ikhsan tidak ketinggalan meledak dua gol ketika bertemu Myanmar dan dinobatkan ‘Man of The Match’ perlawanan pembukaan di laman sendiri itu.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading