Antarabangsa

Penantian lima tahun Alexander Arnold tercapai


Oleh : SUBKHI SUDARJI

PENJARING gol ketiga Liverpool, Alexander-Arnold menyifatkan penantian hampir lima tahun untuk menjaringkan gol menerusi rembatan padu akhirnya terjawab selepas berjaya melakukannya pada aksi menentang Newcastle United, pagi tadi.

Pemain yang gemar melakukan larian pantas dari bahagian kanan mengakui gol berkenaan adalah yang tercantik pernah dijaringkannya.

“Saya telah menunggu (gol seperti ini) selama lima tahun. Saya mempunyai beberapa gol dari tepi kotak. Saya telah menjaringkan gol yang cantik dan menyelamatkan permainan, “katanya dipetik oleh BBC.

Sementara itu, pengendali Liverpool, Jurgen Klopp turut memuji jaringan pertahanan sayap berusia 22 tahun itu yang dilihat melengkapkan penampilan licik pemain pertahanan tersebut.

“Saya berkata ia adalah bola panjang terbaik yang dia (Trent Alexander-Arnold) main hari ini. Ia luar biasa, sukar dipercayai. Teknik rembatannya berada pada tahap yang berbeza,” jelas Klopp.

Pada aksi yang berlangsung pagi tadi, Liverpool meneruskan pemburuan gelaran Liga Perdana Inggeris dengan menewaskan Newcastle United 3-1 yang dihangatkan dengan gol menarik Trent Alexander-Arnold.

The Reds turun tanpa Virgil van Dijk dan Fabinho yang positif Covid-19, dan dikejutkan dengan jaringan Jonjo Shelvey hanya selepas tujuh minit permainan bermula.

Namun jaringan bekas pemain Liverpool itu diimbangi oleh Diogo Jota dan Mohamed Salah meletakkan pasukannya di depan sebelum rehat.

Rembatan padu Alexander-Arnold empat minit sebelum tamat permainan melengkapkan kemenangan kelapan berturut-turut anak buah Jurgen Klopp yang kini hanya satu mata di belakang pendahulu Manchester City.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading