Antarabangsa

Bukti kekayaan bukan segalanya, kontrak Faiq Bolkiah dibatalkan


Kontrak Faiq bersama kelab Maritimo dibatalkan dengan persetujuan bersama. Foto: EPA

KONTRAK pemain bola sepak terkaya dunia Faiq Bolkiah dibatalkan oleh kelab Portugis, Maritimo.

Impiannya untuk bergelar pemain bola sepak dilihat terkandas selepas kelab itu mengumumkan pembatalan kontraknya.

Faiq menjadi perhatian selepas menyertai Akademi Southampton, sebelum ke Arsenal dan Chelsea.

Selepas itu dia mengikat kontrak selama tiga tahun bersama Leicester City.

Pemain berusia 23 tahun itu merupakan anak saudara kepada Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan dilaporkan memiliki kekayaan bernilai 16 bilion paun.

Dia berpindah ke Maritimo selepas dilepaskan The Foxes musim lalu tanpa membuat sebarang penampilan.

Faiq dilepaskan tanpa sebarang penampilan bersama kelab. Foto: EPA

Maritimo yang kini berada di tangga ke-15 Liga Primera memberitahu: “Kami telah mencapai persetujuan dengan pemain Faiq Bolkiah untuk membatalkan kontraknya.

“Kami berterima kasih kepada pemain di atas usaha dan dedikasi yang ditunjukan sepanjang bersama kami, dan mengucapkan semoga berjaya dalam karier profesional serta kehidupan peribadi.”

Bagaimana pun kelab tidak mendedahkan punca pembatalan kontrak kedua-dua belah pihak itu.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading