Antarabangsa

Aguero umum persaraan penuh emosi


Aguero menamatkan karienya pada usia 33 tahun. Foto: PA/Reuters

LEGENDA Manchester City dan bintang Barcelona Sergio Aguero bergenang air mata ketika mengumumkan persaraannya sebagai pemain bola sepak.

Aguero mengumumkan persaraan pada usia 33 tahun selepas didianogsis mengalami masalah jantung ketika beraksi bersama Barcelona menentang Alaves pada 30 Oktober lalu.

Penyerang Argentina itu digegaskan ke hospital dan menjalani rawatan susulan selepas disahkan mengalami degupan jantung tidak normal.

“Sidang media ini untuk memberitahu kepada anda semua bahawa saya telah memutuskan untuk tinggalkan dunia bola sepak.

“Ia masa yang sukar, keputusan yang paling susah saya buat sepanjang dalam hidup saya. Ia berkaitan dengan isu kesihatan dan ini adalah yang terbaik bagi diri saya,” luahnya penuh emosi.

Tambah Aguero, pasukan doktor telah menasihatinya supaya berhenti bermain.

“Saya membuat keputusan minggu lalu.”

Aguero mengadakan sidang media bersama presiden kelab, Joan Laporta di Nou Camp dan turut hadir pengurus Man City Pep Guardiola serta pengarah Txiki Begiristain.

Sepanjang kariernya, Aguero telah merakam 427 gol dalam 786 perlawanan selama 18 tahun bergelar pemain profesional, menjuarai 17 trofi ketika bersama Independiente, Atletico Madrid, Manchester City dan Barca.

Dia juga berjaya meletak dirinya sebagai penyerang terbaik dalam sejarah Liga Perdana Inggeris selama sedekad berada di Etihad dengan 390 perlawanan dan 260 gol.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: