Antarabangsa

Liga Juara-Juara: Real Madrid tak gembira drama undian ulangan


Keputusan undian baharu suku akhir Liga Juara-Juara.

MASALAH teknikal yang berlaku ketika undian 16 pasukan Liga Juara-Juara menyebabkan Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) terpaksa mengadakan undian ulangan selepas lebih kurang sejam undian pertama dijalankan.

UEFA mengumumkan undian kedua terpaksa dibuat berikutan masalah teknikal apabila Manchester United diundi bertemu Villareal, yang mana ia tidak dibenarkan.

Undian baharu yang dibuat menyaksikan United bakal bertemu Atletico Madrid.

Sementara itu, ‘drama’ masih belum berakhir apabial Real Madrid dilaporkan tidak gembira dengan undian baharu ini yang menganggap ia ‘memalukan’ dan menuduh UEFA sebagai penipu.

Mereka bakal bertemu Paris Saint-Germain berbanding dengan undian pertama bertemu Benfica.

Real Madrid membuat permintaan untuk meneruskan keputusan undian pertama, namun ditolak UEFA.

Keputusan penuh undian suku akhir yang berlangsung di Lyon, Switzerland pada Isnin:

FC Salzburg lwn Bayern Munich
Sporting Portugal lwn Manchester City
Benfica lwn AFC Ajax
Chelsea lwn Lille
Atletico Madrid lwn Manchester United
Villarreal lwn Juventus
Inter Milan lwn Liverpool
Paris Saint-Germain lwn Real Madrid


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: