Oleh : SUBKHI SUDARJI
SUDAH tiba masanya Harimau Malaya dibimbing jurulatih import!
Itulah pandangan pemerhati sukan tempatan, Dr Pekan Ramli susulan kegagalan Harimau Malaya mengotakan janji beraksi dipentas final Piala AFF 2020 selepas ditunjukkan jalan keluar oleh Indonesia, Ahad malam.
Lebih mengecewakan lagi, Tan Cheng Hoe dilihat buntu dan ketandusan idea untuk memecah benteng Sang Garuda selepas lawan mendahului pada awal babak kedua.
Jelas Dr Pekan kepada CAKAPSUKAN, sudah tiba waktunya kita perlu melihat kembali kewajaran untuk menggunakan khidmat jurulatih luar bagi membimbing skuad kebangsaan.
“Saya berpandangan bahawa jurulatih tempatan kita nie macam dan ketandusan ideam tidak berupaya menonjolkan ciri-ciri intelligentnya, falsafah permainan bola sepak yang macam kembali ke gaya lama (old school).

“Bola sepak hari ini jelas dapat kita lihat terutamanya pada jurulatih-jurulatih import dari Korea, mereka terapkan corak permainan pantas (pace yang laju), untuk bermain pace yang laju dan pantas ini, tahap kemahiran individu perlu tinggi dan tahap kecergasan juga mesti tinggi.
“Bagi melengkapkan aspek tersebut secara tidak langsung tahap pemikiran atau minda pemain untuk mengaplikasi sistem permainan ini pemain kita perlu cerdas dan sentiasa berfikir satu atau dua langkah ke hadapan.
“Kita perlu laksanakan falsafah ini dengan segera. Jika tidak kita akan terus tertinggal,” ujarnya.





Add Comment