Bola Sepak

Piala AFF 2020 : Apa strategi Cheng Hoe?


Oleh : SUBKHI SUDARJI

PENGENDALI Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe perlu memikirkan strategi yang ampuh dan berkesan bagi merobek pertahanan dan gawang Indonesia seandainya berhasrat melayakkan pasukan ke kelompok empat terbaik.

Luqman Hakim, Guilherme De Paula, Shahrel Fikri Fauzi dan Syafiq Ahmad antara penyerang yang boleh diturunkan menjelang aksi getir menentang Sang Garuda, malam ini.

Namun timbul persoalan apakah formasi bakal diterapkan dan bentuk gandingan bakal diturunkan Cheng Hoe selepas kesemua pemainnya selain Aidil Zaquan dan Shahrul Saad yang terpaksa disisihkan ekoran kecederaan.

Bagi Cheng Hoe, dia bersama barisan kejurulatihan sedang membuat analisis bagi memilih percaturan terbaik di bahagian serangan.

“Kami mempunyai tempoh 24 jam untuk memutuskan pilihan (barisan pemain) yang terbaik bagi berdepan Indonesia. Kita tahu mereka beraksi dengan sangat baik menentang Vietnam dan pertahanan mereka cukup berdisiplin.

“Sudah pasti kami membuat analisa yang mana langkah terbaik dan memilih pemain terbaik untuk menggantikan Luqman. Bagaimanapun saya percaya Luqman masih lagi sebahagian daripada pasukan,” katanya.

Malaysia yang meletakkan sasaran beraksi di pentas final dalam kejohanan kali ini perlu menang seandainya berhasrat ke pentas separuh akhir manakala Indonesia hanya perlu seri.

Satu lagi pasukan yang akan memenuhi kuota dalam Kumpulan B ialah Vietnam yang dilihat tidak berdepan masalah untuk mengutip tiga mata penuh berdepan Kemboja, malam ini.

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: