
Oleh: JJFIRDAUS
PEMANDU Mercedes yang juga juara dunia Formula Satu (F1) tujuh kali, Lewis Hamilton kini bergelar Sir Lewis Hamilton selepas dianugerahkan pingat kesatria oleh Putera Charles, sehari selepas kecewa merangkul kejuaraan kelapan pada pusingan terakhir perlumbaan musim ini.
Pelumba kelahiran Stevenage, United Kingdom ini diperkenankan pingat menerusi senarai Kepujian Tahun Baharu 2021 dalam satu upacara di Istana Windsor pada Rabu ditemani ibunya Carmen.
Hamilton,36, merekodkan pelumba F1 keempat yang diberikan Anugerah Kesatria, mengikuti jejak langkah Sir Jack Brabham, Sir Stirling Moss dan Sir Jackie Stewart tetapi Hamilton adalah yang pertama menerima anugerah ketika masih aktif bertanding.
Hamilton berjaya memasuki senarai Anugerah Kepujian Tahun Baharu selepas berjaya memecahkan rekod kemenangan Michael Schumacher dan menyamai rekod pemandu Jerman itu dengan muncul juara dunia tujuh kali.
🏎️ Arise Sir @LewisHamilton!
The seven-time @F1 World Champion received his Knighthood from The Prince of Wales at today’s Investiture ceremony held at Windsor Castle. pic.twitter.com/I3xicKLLYp
— The Royal Family (@RoyalFamily) December 15, 2021
Dalam perkembangan lain, pasukan Mercedes telah membuat keputusan untuk menarik diri dari rayuan di mahkamah mengenai keputusan penentuan kejuaraan Grand Prix Abu Dhabi sekaligus mengekalkan Max Verstappen sebagai Juara Dunia Formula Satu musim 2021.
Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh pasukan Mercedes AMG Petronas memberitahu, pihaknya telah berbincang dan sentiasa membuat keputusan berdasarkan rasa cinta kepada sukan ini dan percaya setiap kejohanan harus dimenangi secara merit.
“Kami membuat rayuan atas alasan keadilan dalam sukan dan kami telah mengadakan perbincangan dan berdialog bersama-sama dengan FIA dan Formula 1 untuk memastikan setiap undang-undang adalah jelas kepada setiap mereka yang bertanding.

“Oleh itu kami mengalu-alukan keputusan FIA untuk menubuhkan satu jawatankuasa untuk menganalisa apa yang berlaku di Abu Dhabi dan kami akan bekerjasama dengan jawatankuasa ini untuk membina Formula 1 yang lebih baik,” lapor kenyataan itu.









Add Comment