Permotoran

Verstappen tewaskan Hamilton penuh dramatik, julang trofi juara dunia


Oleh: JJFIRDAUS

PELUMBA Red Bull, Max Verstappen melakukan aksi dramatik memintas pencabar terdekat, Lewis Hamilton pada pusingan terakhir untuk menjuarai Grand Prix Formula Satu (F1) Abu Dhabi sekaligus muncul juara dunia musim ini di Litar Yas Marina.

Verstappen, 24, muncul pelumba Belanda pertama bergelar juara dunia dan menggembirakan penyokong yang memakai seragam oren dan menamatkan penguasaan Lewis Hamilton.

Insiden kereta keselamatan yang keluar ketika perlumbaan berbaki lima pusingan akibat dari kemalangan yang menimpa pemandu Williams, Nicolas Latifi, mengubah keseluruhan arah perlumbaan yang pada suatu ketika dilihat menjadi milik Hamilton.

Verstappen juara dunia F1 musim ini.

Hamilton yang mendahului sejak pusingan pertama cuba bertahan dengan strategi satu hentian pit namun gagal menahan asakan terakhir Verstappen yang masuk ke pit untuk menukar kepada tayar yang baharu.

“Ianya gila. Saya tidak tahu apa hendak dikatakan. Saya gembira untuk pasukan dan semua krew yang terlibat. Saya sangat gembira bekerja dengan mereka. Akhirnya tuah memihak kepada saya.

“Pasukan saya tahu saya sayangkan mereka dan saya mahu melakukan perkara ini untuk 10 hingga 15 tahun akan datang” ujar Verstappen  selepas perlumbaan.

Hamilton memberi ucapan tahniah kepada Verstappen. Foto: Reuters

Hamilton pula ternyata terkejut dengan kekalahan ini namunmenerima dengan hati terbuka dan turut mengucapkan tahniah kepada Verstappen dan akan kembali lebih hebat musim hadapan.

“Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Max dan pasukan Red Bull. Saya berbangga dengan pasukan saya dan kami memberikan segala-galanya. Saya rasa bagus di dalam kereta beberapa bulan terakhir ini dan kita akan lihat apa akan terjadi musim hadapan,” ujarnya.

Walaubagaimanapun, Mercedes berjaya membawa pulang kejuaraan pengeluar buat kali kelapan berturut-turut mengenepikan cabaran Red Bull di tangga kedua dan Ferrari di tangga ketiga.

Keputusan Grand Prix F1 Abu Dhabi:

1. Max Verstappen – Red Bull
2. Lewis Hamilton – Mercedes
3. Carlos Sainz – Ferrari
4. Yuki Tsunoda – Alpha Tauri
5. Pierre Gasly – Alpha Tauri
6. Valtteri Bottas – Mercedes
7. Lando Norris – McLaren
8. Fernando Alonso – Alpine
9. Esteban Ocon – Alpine
10. Charles Leclerc – Ferrari
11. Sebastian Vettel – Aston Martin
12. Daniel Ricciardo – McLaren
13. Lance Stroll – Aston Martin
14. Mick Schumacher – Haas
15. Nicolas Latifi – Williams
16. Sergio Perez – Red Bull
17. Antonio Giovinazzi – Alfa Romeo
18. George Russell – Williams
19. Kimi Raikkonen – Alfa Romeo

Kedudukan Pemandu Selepas F1 Abu Dhabi:

1. Max Verstappen – 395.5 mata*
2. Lewis Hamilton – 387.5 mata
3. Valtteri Bottas – 226 mata
4. Sergio Perez – 190 mata
5. Carlos Sainz – 164.5 mata
6. Lando Norris – 160 mata
7. Charles Leclerc – 158 mata
8. Daniel Ricciardo – 115 mata
9. Pierre Gasly – 110 mata
10. Fernando Alonso – 81 mata

Kedudukan Pengeluar Selepas F1 Abu Dhabi:

1. Mercedes – 613.5 mata*
2. Red Bull Racing – 585.5 mata
3. Ferrari – 323.5 mata
4. McLaren – 275 mata
5. Alpine – 155 mata
6. Alpha Tauri – 142 mata
7. Aston Martin – 77 mata
8. Williams – 23 mata
9. Alfa Romeo – 13 mata
10. Haas – 0 mata


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: