Permotoran

Litar Yas Marina bakal jadi saksi juara F1 musim 2021


Max Verstappen

Oleh: JJFIRDAUS

PEMANDU Red Bull Racing, Max Verstappen meletakkan diri dalam kedudukan pilihan untuk muncul juara dunia musim ini selepas mencatat masa terpantas dalam sesi kelayakan Grand Prix Abu Dhabi di Litar Yas Marina.

Verstappen mencatat masa 1 minit 22.109 saat mengatasi pencabar Lewis Hamilton yang ketinggalan 0.371 saat manakala pemandu McLaren, Lando Norris ketiga untuk perlumbaan terakhir musim ini.

Dalam perebutan kejuaraan pemandu yang paling sengit dalam era Hybrid ini, Hamilton dan  Verstappen bakal memulakan perlumbaan esok  (Ahad) dengan mata yang sama dan siapa yang memenangi perlumbaan akan bergelar juara dunia.

Lewis Hamiton

Kimi Raikkonen yang bakal berlumba buat kali terakhir sebelum bersara hanya akan memulakan perlumbaan di petak ke-18 selepas mengalami kemalangan pada sesi latihan bebas semalam yang menjejaskan jenteranya.

Bercakap dalam temubual selepas sesi kelayakan, Versgtappen yang kelihatan gembira dengan kedudukan petak hadapan ini berkata: “Ia sememangnya satu perasaan yang hebat. Saya sangat gembira dengan kedudukan ini.”

“Inilah yang kami mahukan namun ianya bukan sukar terutama dengan prestasi Mercedes dalam beberapa perlumbaan terakhir sebelum ini.”

Hamilton pula memuji kejayaan petak hadapan Verstappen berkata, “Max melakukan satu pusingan yang hebat. Kami tidak mempunyai jawapan untuk itu. Beliau berhak mendapat petak pertama.

“Namun kami rasakan kami mempunyai pilihan tayar yang lebih baik esok dan kami mengharapkan satu perlumbaan yang baik. Saya masih di barisan hadapan dan akan melakukan tugas saya dari petak kedua esok,” ujar Hamilton.

Siapakah yang bakal muncul juara dunia F1 musim 2021 ini? Aksi perlumbaan akan bermula jam 5 malam waktu tempatan (9 malam waktu Malaysia).

Keputusan Sesi Kelayakan F1 Grand Prix Abu Dhabi:

1. Max Verstappen – Red Bull
2. Lewis Hamilton – Mercedes
3. Lando Norris – McLaren
4. Sergio Perez – Red Bull
5. Carlos Sainz – Ferrari
6. Valtteri Bottas – Mercedes
7. Charles Leclerc – Ferrari
8. Yuki Tsunoda – Alpha Tauri
9. Esteban Ocon – Alpine
10. Daniel Ricciardo – McLaren
11. Fernando Alonso – Alpine
12. Pierre Gasly – Alpha Tauri
13. Lance Stroll – Aston Martin
14. Antonio Giovinazzi – Alfa Romeo
15. Sebastian Vetteln- Aston Martin
16. Nicolas Latifi – Williams
17. George Russell – Williams
18. Kimi Raikkonen – Alfa Romeo
19. Mick Schumacher – Haaa
20. Nikita Mazepin – Haas


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: