Bola Sepak

Piala AFF Suzuki 2020 : Cheng Hoe harap tiada lagi pemainnya positif Covid-19


Oleh : SUBKHI SUDARJI

MENJELANG aksi getir menentang juara bertahan Vietnam, Ahad ini skuad Harimau Malaya mengharapkan tiada lagi ‘kluster’ Covid-19 menimpa kem negara selepas empat tonggak utama dikuarantin ekoran positif.

Melihat kepada situasi semasa ketika ini pengendali skuad kebangsaan Tan Cheng Hoe mengakui ketika ini hanya mampu berdoa agar tiada lagi pemain yang disahkan positif Covid-19 menentang Vietnam pada aksi ketiga peringkat Kumpulan B saingan Piala AFF Suzuki di Singapura.

“Benar ketika ini kami kekurangan empat pemain yang diarahkan menjalani kuarantin ekoran Covid-19 dan sudah tentu kami tidak mahu ada pemain lain yang disahkan positif memandangkan ujian calitan dilakukan setiap hari.

“Mengenai persoalan kenapa kami membawa 24 pemain sudah saya jelaskan sebelum ini tetapi situasi yang melanda kem negara ketika ini adalah diluar jangkaan dan saya harap baki 19 pemain lagi kekal positif untuk harungi aksi bertemu Vietnam nanti,” katanya pada sidang akhbar secara virtual hari ini.

Untuk rekod, persiapan pasukan ketika ini sedikit terjejas kerana hanya memiliki 19 pemain yang dibenarkan untuk menjalani latihan selepas empat tonggak, Akhyar Rashid, Quentin Cheng, Faisal Halim dan Khairulazhan Khalid dikuarantin ekoran positif Covid-19.

Dalam perkembangan sama, Cheng Hoe memaklumkan pemain Malaysia yang bersama dengan kelab Midtjylland, Dion Cools akan menyertai pasukan selepas aksi menentang Vietnam.

“Sementara itu, saya boleh sahkan seorang lagi pemain, Dion Cools akan melaporkan diri bersama skuad negara selepas pertemuan menentang Vietnam kerana masih memiliki komitmen bersama kelabnya (Midtjylland),” ujarnya.

 

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: