Semasa

Bapa Shalin meninggal dunia


Hantaran ratu boling negara Shalin Zulkifli pada akaun Facebook miliknya mengenai pemergian bapanya, Zulkifli Mohd Ali malam tadi. – Foto ihsan Facebook Shalin Zulkifli.

Zulkifli Mohd Ali, 71, bapa kepada ratu boling negara Shalin Zulkifli, meninggal dunia dalam tidurnya petang semalam.

Shalin dalam hantarannya menerusi akaun Facebook miliknya berkata tahap kesihatan bapanya mula merosot sejak terkena serangan strok pada 2015.

“Saya harap anda akan dapat memaafkan bapa saya atas apa-apa kesilapan atau kesalahan di sepanjang hidupnya selama 71 tahun.

“Sila maklumkan pada saya jika arwah ayah ada berhutang dengan sesiapa… Insya-Allah kami akan cuba untuk membayar setiap orang, supaya beliau boleh pergi dengan tenang.

“Maafkan saya jika saya tidak dapat menjawab kepada setiap dan semua orang, tetapi kami amat berterima kasih atas doa semuanya,” kata bekas juara dunia dua kali itu, di Facebooknya malam tadi.

Shalin berkata Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kota Damansara kira-kira jam 10.45 pagi hari ini, selepas disembahyangkan di Surau Mutiara Damansara. -Bernama-


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: