
Oleh: SURYATI MOHD NOR
PENJAGA gol muda negara, Muhammad Azri Abdul Ghani tenyata terkilan dan kecewa kerana tidak dapat bersama skuad negara ke Piala AFF Suzuki 2020 yang kini sedang berlangsung di Singapura.
Pemain Bawah 23 Tahun kebangsaan ini mengakui begitu bersemangat menerima panggilan pertama ke skuad senior negara sebelum ini, namun harapannya berkecai kerana terpaksa diketepikan pada saat akhir selepas mengalami kecederaan.
“Memang sedih sangat kerana tak dapat menyarung jersi Harimau Malaya bersama rakan-rakan yang lain kerana inilah peluang pertama saya bersama skuad senior.
“Namun saya yakin akan kembali bersama skuad negara dalam pada masa akan datang.
ARTIKEL BERKAITAN: Piala AFF 2020: Azri dijangka kembali sertai Harimau Malaya
“Walaupun keadaan kecederaan bahu saya semakin baik, tetapi ia masih memerlukan masa untuk pulih spenuhnya. Jika saya dipanggil balik ke skuad negara ke Singapura dalam masa terdekat ini, saya mungkin tidak dapat menyertainya,” ujarnya kepada Cakap Sukan.
Pada Selasa, ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mengesahkan akan membawa masuk penjaga gawang bagi menggantikan Khairulazhan Khalid yang tidak dapat bersama membantu pasukan mengharungi Piala AFF 2020 selepas positif Covid-19.

Jelasnya, kebenaran ini telah dimaklumkan Persekutuan Bolasepak Asean (AFF ) dan keputusan pemilihan pemain akan dibuat dalam masa terdekat dengan melihat persediaan pemain berkenaan.
“Saya berharap rakan-rakan di Singapura akan terus mencipta kemenangan dan membawa balik trofi kejuaraan Piala AFF tidak lama lagi,” tambahnya.
Dalam pada itu, skuad negara berjaya mengutip 3 pada penuh dalam aksi pertama Kumpulan B bertemu Kemboja Isnin lalu dan akan meneruskan saingan kedua bertemu Laos pada Rabu (esok).





Add Comment