Bola Sepak

Piala AFF 2020 : Pemain bekerja keras pastikan kemenangan pasukan – Syafiq


Syafiq (tengah) percaya rakan sepasukannya turut bersemangat memastikan kejayaan Harimau Malaya pada edisi kali ini.

TONGGAK Harimau Malaya, Syafiq Ahmad tidak melihat kekurangan persediaan dan kehilangan pemain  pemain halangan untuk pasukan memberikan persembahan terbaik seterusnya mampu melangkah ke final Piala AFF.

Jelasnya, setiap pemain sebenarnya terpaksa berkorban dengan mereka meninggalkan keluarga masing-masing dengan satu tujuan untuk memastikan skuad Harimau Malaya mencipta kejayaan gemilang pada perlawanan terbabit.

Katanya, ketika ini perkara penting adalah memastikan barisan pemain memperbaiki komunikasi di atas padang selain turut mampu mengekalkan momentum atau corak permainan bagi memastikan keputusan positif memihak kepada skuad Harimau Malaya.

Menurutnya lagi, barisan pemain boleh dikatakan agak berusaha mendapatkan rentak atau mengekalkan momentum kemenangan berikutan sebelum ini tempoh latihan cukup terhad selain turut berhadapan cabaran berikutan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan penganjur.

“Pada saya, perlawanan semalam(menentang Kemboja) pemain mula lebih yakin walaupun saya tidak menjaringkan gol namun perkara penting adalah pasukan menang.

“Paling penting adalah komunikasi di atas padang dan boleh kekalkan corak permainan untuk kita terus mencipta kemenangan.

“Pemain datang ke sini adalah yang berkorban walaupun serba kekurangan namun setiap pemain berikan yang terbaik. Walau apa pun terjadi kita adalah sebuah keluarga,” katanya.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: