
Oleh : SUBKHI SUDARJI
KETUA jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mengesahkan akan membawa masuk penjaga gawang bagi menggantikan Khairulazhan Khalid yang tidak dapat bersama membantu pasukan mengharungi Piala AFF 2020 selepas positif Covid-19.
Jelasnya, kebenaran ini telah dimaklumkan Persekutuan Bolasepak Asean (AFF )hari ini dan keputusan pemilihan pemain akan dibuat dalam masa terdekat dengan melihat persediaan pemain berkenaan.
“AFF dan luluskan permohonan membawa masuk penjaga gol, memang dibenarkan atas faktor kecederaan atau perkara tertentu.
“Memang kami kami barisan jurulatih sedang berbincang mengenai penjaga gawang akan kita bawa nanti, kena lihat sama ada pemain tersebut dan bersedia.
“Ketika ini penjaga gawang utama, Khairul Fahmi Che Mat telah dilayangkan kad kuning pada aksi menentang Kemboja semalam, jadi kita hanya mempunyai Kalamullah Al Hafiz sahaja
“Keputusan segera perlu dibuat dałam sehari dua ini ,” ujarnya pada sidang media secara maya sebentar tadi.
Selain Khairulazhan yang positif Covid-19, pemain sayap iaitu Faisal Halim turut ditimpa dugaan yang sama namun Cheng Hoe mengambil pendirian untuk terus mengekalkannya.
“Pertukaran pemain ini hanya membabitkan penjaga gawang sahaja, jadi kemungkinan Khairulazhan tidak akan membantu pasukan pada kejohanan kali ini namun Faisal akan terus kekal sehinggalah dia benar-benar pulih dan dibenarkan beraksi.
“Mengenai posisi Faisal pula kita akan melaksankan penggiliran pemain dan mengharapkannya segera sembuh,” jelasnya.
Sementara itu dalam perkembangan sama, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Saifuddin Abu Bakar memaklumkan permohonan pertukaran penjaga gol diluluskan oleh AFF.
Katanya, berdasarkan peraturan pertandingan sama ada diperingkat Fifa mahupun AFC, posisi penjaga gol mempunyai keistimewaan di mana pertukaran pemain boleh dilakukan jika berlaku kes-kes di luar jangka.
Beliau berkata, permohonan itu hanya terhad kepada posisi penjaga gol saja manakala penggantian pemain lain tidak dibenarkan walaupun dua pemain tonggak Harimau Malaya Khairulazhan dan tonggak sayap, Faizal Halim didapati positif Covid-19.
“Alhamdulillah permohonan kita diluluskan dan skuad Harimau Malaya boleh memanggil seorang lagi penjaga gol dalam masa terdekat ini.
“Siapa yang bakal menggantikan posisi berkenaan terpulanglah kepada Cheng Hoe. Berkaitan pemain posisi lain kita tidak akan memohon kepada AFF,” katanya
Berdasarkan kedudukan semasa dan sesi fatihan Fasa 2 sebelum ini, Cheng Hoe berkemungkinan akan memanggil semula penjaga gawang Perak FC, Azri Ab Ghani yang sebelum ini digugurkan dari senarai 24 pemain yang dibawa untuk kembali memperkuatkan pasukan.





[…] Piala AFF 2020: Azri dijangka kembali sertai Harimau Malaya […]