
PENYERANG naturalisasi negara, Guilherme de Paula mendedahkan apa yang berlaku di padang selepas dikeluarkan pada aksi bertemu Kemboja Piala AFF Suzuki 2020 semalam (Isnin) telah diputar belit oleh individu tertentu.
“Sejak tiba, saya sangat menghargai dan menghormati terhadap jangkaan yang diberikan kepada saya. Sokongan sangat besar. Terima kasih.
“Malangnya, insiden yang berlaku semalam telah diputar-belit oleh individu dan meletak saya dalam situasi yang buruk.
“Sebenarnya, saya sentiasa menghormati jurulatih dan rakan-rakan sepasukan. Jujurnya, saya berasa sangat sedih kerana telah memberi 100 peratus. Hanya kadang-kala, mungkin kami rasa, kami boleh beri lebih lagi apa yang kami ada.

“Saya akan bekerja lebih kuat dan membuktikan diri saya lebih baik untuk pasukan. Kami ‘laparkan’ kejayaan dan kami akan cuba menang bersama,” tulisnya dalam satu posting di Instastorynya pada Selasa.
Sebelum ini De Paula dilaporkan agak ‘koyak’ selepas dipanggil keluar pada minit ke-65 dan dilihat membaling botol minuman di bangku simpanan sebaik sahaja posisinya digantikan dengan pemain muda Luqman Hakim Shamsuddin.
Malah dia juga dilaporkan turut membuat ‘renungan’ tajam ke arah penyokong-penyokong Malaysia yang memberi tepukan gemuruh kepadanya.





Add Comment