
Oleh : SUBKHI SUDARJI
PEMAIN sayap Harimau Malaya, Faisal Halim boleh diturunkan beraksi bersama pasukan pada bila-bila masa seandainya keputusan Rapid Test Kit Antigen (RTK-Antigen) ke atasnya disahkan negatif.
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Saifuddin Abu Bakar berkata, Faisal dan seorang lagi iaitu Khairulazhan Khalid ketika ini sebenarnya berada dalam kedudukan situasi pemantauan (Isolasi).
“Mereka berdua bukan menjalani kuarantin tetapi sedang di isolasi, sekiranya keputusan RTK ke atas mereka didapati negatif mereka boleh bersama menyertai skuad kebangsaan pada bila-bila masa.
“Buat masa ini kita semua perlu berdoa agar semuanya dipermudahkan,” katanya pada media pada Majlis pelancaran barangan rasmi Harimau Malaya Edisi Kedua di Sunway Piramid, petang tadi.
Terdahulu Faisal atau lebih dikenali Mikey dan Khairulazhan disahkan positif Covid-19 yang memaksa FAM membuat permohonan kupada AFF untuk membawa masuk penjaga gawang baharu bagi menggantikan Khairulazhan manakala Faisal akan tetap berada di Singapura.
Dalam perkembangan berasingan, Saifuddin berkata, FAM akan memaklumkan individu yang menggalas jawatan Pengarah Teknikal FAM pada 3 Januari 2022.
“Tunggu pengumuman rasmi dari FAM, harap semua bersabar,” jelasnya ketika diminta mengulas lanjut calon-calon yang telah dikenalpasti.
[…] masa ini kita semua perlu berdoa agar semuanya dipermudahkan,” katanya kepada sidang media pada Majlis pelancaran barangan rasmi Harimau Malaya Edisi Kedua di Sunway Piramid, petang […]