SKUAD Harimau Malaya tidak perlu ‘pening kepala’ lagi selepas salah seorang penjaga gol Khairulazhan Khalid dikhabarkan menerima keputusan negatif untuk ujian calitan Covid-19.
Namun dia kini masih menunggu keputusan penuh ujian swab sekali lagi daripada Kementerian Kesihatan Singapura (MOH).
Sekiranya ujian itu terus negatif, Khairulazhan dijangka akan kembali ke skuad Tan Cheng Hoe sekaligus tidak perlu lagi memanggil penjaga gol gantian.
Khairulazhan Khalid dan pemain sayap, Mohd Faisal Halim disahkan positif Covid-19 selepas menjalani pemeriksaan ujian calitan Covid-19 sebaik tiba di Singapura bagi mengharungi kejohanan Piala AFF 2020.
Add Comment