Bola Sepak

TFC terus tagih khidmat Nafuzi harungi musim 2022


KELAB Bolasepak Terengganu FC (TFC) terus menagih khidmat Nafuzi Zain selaku Ketua jurulatih untuk terus membimbing pasukan mengharungi musim 2022.

Keputusan ini dicapai menerusi Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Terengganu Football Club Sdn Bhd hariyang telah dipengerusikanMenteri Besar Negeri Terengganu, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

“Beberapa perbincangan dan keputusan telah diputuskan berkenaan persediaan pasukan musim hadapan termasuk status ketua jurulatih pasukan Terengganu FC.

“Melalui mesyuarat ini, keputusan bagi mengekalkan pengendali Terengganu FC musim 2021 Nafuzi Zain bagi saingan musim hadapan telah dipersetujui.

“Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira banyak aspek termasuk pelan persediaan musim 2022 telah dipersiapkan termasuk senarai pemain yang akan bersama dan akan dilepaskan kelab ini bagi saingan musim hadapan,” ujar TFC menerusi kenyataan, sebentar tadi

Walaubagaimanapun, keputusan ini bergantung kepada bakal pengendali Terengganu FC itu samada beliau menerima atau menolak tawaran yang diberikan.

“Pihak pentadbiran ini berbesar hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh pengendali Terengganu FC itu disamping mengharapkan prestasi pasukan Terengganu FC akan terus meningkat bertepatan dengan aras pencapaian yang telah ditetapkan bagi musim 2022 dan persiapan rapi pasukan-pasukan Liga Super yang lain,” tambah kenyataan tersebut.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: