Bola Sepak

Piala AFF 2020 : Bukan salah Junior sepenuhnya – Cheng Hoe


Junior (tiga,kiri) diturunkan selaku kesebelasan utama pada aksi petang tadi.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

PENGENDALI Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menyifatkan keputusannya mengeluarkan Junior Eldstal bukan disebabkan pemain berkenaan cedera tetapi lebih kepada taktikal pasukan untuk menyerap corak permainan.

Tegasnya, Junior dilihat agak sukar menyesuaikan diri dengan corak permainan pasukan jadi kita membuat keputusan menggantikannya dengan Mukhairi Ajmal.

“Lebih kepada pertukaran taktikal selepas melihat dia (Junior) gagal menyesuaikan diri, kemasukan Mukhairi untuk memastikan corak permainan lebih tersusun dan seimbang.

“Bukan salah Junior sepenuhnya, ia lebih kupada taktikal dalam pasukan,” ujarnya.

Keputusan Cheng Hoe mengeluarkan Junior ada benarnya selepas pemain yang beraksi dengan kelab Chonburi FC itu dilihat gagal memberikan persembahan sebagaimana diharapkan dengan hantaran bola yang kurang tepat dan bergelut untuk menguasai bahagian tengah.

Pada perlawanan yang berlangsung tadi, tiga jaringan skuad Harimau Malaya disumbangkan menerusi sepakan penalti Safawi Rasid pada babak pertama sebelum dua gol separuh masa kedua daripada Akhyar Rashid dan R Kogileswaran.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: