Bola Sepak

Piala AFF 2020: Singapura menang selesa, Ikhsan Fandi ‘MOTM’


Ikhsan meledak dua gol ketika aksi bertemu Myanmar. Foto: AFF

PEMBUKAAN aksi Kumpulan A Piala AFF Suzuki 2020 menyaksikan tuan rumah menang selesa 3-0 ke atas Myanmar di Stadium National Singapura.

Di depan kehadiran lebih kurang 7,588 penyokong yang memenuhi stadium , skuad The Lions mempamerkan aksi begitu cemerlang dengan gol pertama hadir menerusi pemain pertahanan berusia 30 tahun Safuwan Baharudin pada minit ke-34 permainan.

Stadium sekali lagi digegar dengan sorakan penyokong apabila pemain muda Ikhsan Fandi meledak gol kedua Singapura (39′) sekaligus gol ke-10 keseluruhannya bersama skuad kebangsaan negaranya.

Tidak cukup dengan itu, Ikhsan sekali lagi berjaya menyumbat gol ketiga sebelum wisel separuh masa pertama dibunyikan.

Apa yang menarik, Ikhsan dan Safuwan merupakan penjaring ketika Singapura menjadi tuan rumah kejohanan ini pada 2018 dengan mencatat kemenangan 6-1 ke atas Timor Leste.

Penyerang kelab FK Jerv itu juga turut dinobatkan sebagai ‘Man of The Match’ pada perlawanan ini.

Kemenangan selesa ini menyaksikan Singapura kini menguasai kedudukan teratas kumpulan A dengan tiga mata, dan kelebihan gol daripada Thailand yang turut mencatat kemenangan 2-0 ke atas Timor Leste dalam aksi yang sama pada Ahad.

Singapura bakal bertemu Filipina untuk aksi seterusnya Rabu ini.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: