Bola Sepak

Piala AFF 2020 : Generasi baharu Kemboja sedia tewaskan Malaysia


Jurulatih Kemboja, Ryu Hirose (Foto : AFF Suzuki 2020)

Oleh : SUBKHI SUDARJI

KEMBOJA memulakan perang psikologi apabila melihat pencapaian Malaysia yang bermain diperingkat tertinggi selain memiliki banyak kekuatan antara mampu menafikan hasrat mereka untuk meraih kemenangan.

Namun pada masa sama mereka sebenarnya sudah bersedia dengan membina barisan pemain baharu yang disertai kudrat muda pada temasya dwi tahunan kali ini.

Jurulatih Kemboja, Ryu Hirose pada sidang media pra perlawanan berkata, mereka membuat keputusan hadir pada kejohanan ini dengan barisan pemain muda.

“Kami memilih untuk pergi dengan skuad muda ( skuad  Sukan SEA) jadi kami berharap pemain-pemain ini dapat mempamerkan prestasi yang baik juga pada Piala AFF Suzuki 2020.

“Malaysia telah melihat peningkatan yang besar sejak kebelakangan ini dan kita tahu bahawa mereka mempunyai banyak kekuatan dan bermain di peringkat tinggi

“Tetapi kami  juga telah membuat persediaan yang baik dan akan menggunakan generasi baharu serta kuasa baharu untuk menumpukan usaha untuk menewaskan Malaysia,” tegasnya.

Kemboja dan Malaysia bakal membuat penampilan pertama peringkat Kumpulan B, petang ini dengan Malaysia yang dibimbing Tan Cheng Hoe dilihat pasukan pilihan selain reputasi Naib juara pada edisi 2018.

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: