Bola Sepak

Faisal dan Khairulazhan positif Covid-19


 

Mohd Faisal Halim

Oleh : MOHD FARIQ

PENJAGA gawang Harimau Malaya, Khairulazhan Khalid dan pemain sayap, Mohd Faisal Halim disahkan positif Covid-19 selepas menjalani pemeriksaan ujian calitan Covid-19 sebaik tiba di Singapura bagi mengharungi kejohanan Piala AFF 2020.

Pengurus pasukan Harimau Malaya, Datuk Yusof Mahadi berkata kepada CAKAPSUKAN, kedua pemain itu kini menjalani kuarantin selama 10 hari dan akan menjalani pemeriksaan harian.

“Mereka berdua akan menjalani pemeriksaan setiap hari mengikut peraturan ditetapkan Singapura, buat masa ini mereka berdua telah diasingkan untuk menjalani kuarantin,” tegasnya.

Khairulazhan Khalid

Melihatkan kepada situasi semasa kedua-dua pemain ini yang merupakan tonggak utama pasukan dijangka terlepas beberapa perlawanan peringkat awal Kumpulan B dan hanya akan diturunkan sekiranya dibenarkan pada perlawanan terakhir menentang Indonesia.

Mengikut rekod, kejuaraan Piala AFF 2020 dijadual berlangsung dari 5 Dis hingga 1 Jan tahun depan dengan Malaysia selaku naib juara edisi 2018, diundi dalam Kumpulan B bersama-sama penyandang juara Vietnam, Indonesia, Kemboja dan Laos.

Malaysia yang menyasarkan mara ke pentas final buat kali kedua berturut-turut, akan memulakan kempen kejuaraan berdepan Kemboja, diikuti Laos (9 Disember), Vietnam (12 Disember) dan Indonesia pada 19 Disember dalam usaha muncul dua pasukan terbaik untuk layak ke separuh akhir.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: