
Oleh : SUBKHI SUDARJI
PERSEKUTUAN Bolasepak Kemboja (FFC) yang dahulunya dikenali sebagai pasukan bola sepak kebangsaan Republik Khmer dari 1970 hingga 1975 antara lawan pertama yang bakal dihadapi anak didik Tan Cheng Hoe pada aksi Kumpulan B saingan Piala AFF 2020 di Stadium Bishan, Singapura, esok.
Merungkai sejarah pasukan berkenaan yang menduduki tempat keempat dalam Piala Asia 1972, yang masih kekal sebagai pencapaian terbesar Kemboja dalam pertandingan antarabangsa tidak banyak yang dapat dikongsikan dari regi kejayaan diraih pasukan yang diasaskan pada tahun 1933 dan menyertai barisan FIFA pada tahun 1953.
Negara itu tampil dalam edisi pertama kejohanan itu sebagai jemputan pada tahun 1996 dan berjaya mengumpul kemenangan peringkat kumpulan pada 2000 dan 2002.
Namun prestasi yang tidak menentu menyebabkan mereka tewas dalam semua empat perlawanan pada 2004 sebelum gagal melayakkan diri ke empat daripada lima edisi berikut.

Setelah melepasi kelayakan pada 2016, angin baharu dałam landskap bola sepak Kemboja mula berubah dengan menunjukkan kualiti kompetitif mereka apabila mereka menjaringkan gol dalam setiap perlawanan peringkat kumpulan.
Mereka terus mendaki memburu kecemerlangan dengan mempamerkan persembahan yang mantap pada 2018 di mana mereka mengumpul kemenangan ketiga mereka di peringkat akhir.
Dengan barisan bakat muda yang dipertaruhkan skuad yang mendapat jolokan Angkor Warriors ini dibimbing pemain bola sepak sepanjang zaman Asia, Keisuke Honda yang mempunyai pengalaman dan reputasi tinggi.

Selain itu pengalaman dan kelibat penyerang Kemboja, Chan Vathanaka yang mungkin mengetahui sedikit sebanyak ‘rahsia’ Harimau Malaya kerana pernah beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M) memberikan sedikit kelebihan lawan yang kini berada dikedudukan 170 dunia selepas mengumpul 970.42 mata.
Persoalannya mampukah Harimau Malaya menewaskan lawan yang sudah semestinya berbeza atau Harimau Malaya akan berduka pada penampilan pertama.






Add Comment