Bola Sepak

Wan Karpet kekal bersama KDA FC 2022


Mohd Syazwan Zainon

PEMAIN sayap lincah Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Mohd Syazwan Zainon akan terus kekal bersama skuad hijaukuning mengharungi musim 2022.

Perkhabaran gembira buat penyokong Lang Merah ini dikongsikan menerusi laman rasmi FB pasukan yang memaklumkan pemain berusia 32 tahun ini berasal dari Utan Aji, Perlis pernah menabur bakti dengan skuad projek Harimau Muda dan antara pemain terawal menganggotai skuad tersebut.
“Perjalanan karier Mohd Syazwan Zainon selepas itu bersama pasukan negeri kelahirannya Perlis sebelum berkelana ke Felda United, Johor FC sebelum diserap masuk oleh Kedah di pertengahan saingan Liga Premier musim 2013.
“Rezeki Syazwan kembali ke Kedah tetap ada selepas 2 tahun mewakili Selangor FA pada 2019-2020 sebelum kembali menabur bakti bersama Kedah sejak musim 2021,” ujar kenyataan tersebut.
Lebih dikenali dikalangan rakan sepasukan mahu pun lawan dengan gelaran Wan Karpet, kelincahannya  sentiasa menjadi senjata utama pasukan dan kembali mencuri perhatian dalam saingan Piala Malaysia baru-baru ini dengan mencetak nama sebagai penjaring gol pasukan.
“Peranan beliau musim ini dijangka bukan sahaja menjadi ayam tambatan pasukan dalam mengatur serangan tetapi turut menjadi sandaran dalam mengemudi pemain-pemain muda skuad hjaukuning musim 2022.
“Tersemat dijiwa, Kedah tempat beliau mencipta nama sebagai pemain sayap merbahaya dan berazam membantu Kedah untuk menjuarai satu piala musim 2022,” jelasnya.

Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: