Permotoran

F1 Arab Saudi: Hamilton terpantas sesi kelayakan


Hamilton terpantas sesi kelayakan di Litar Jeddah Corniche. Foto: F1

Oleh: JJFIRDAUS

PEMANDU Mercedes, Lewis Hamilton melaungkan amaran awal kepada Max Verstappen selepas mencatat masa terpantas dalam sesi kelayakan sulung Grand Prix Arab Saudi di Litar Jeddah Corniche awal pagi Ahad.

Verstappen yang sudah seakan-akan berjaya merampas petak utama terlanggar tembok pada selekoh terakhir sekaligus menyaksikan beliau hanya memulakan perlumbaan di tangga ketiga manakala Bottas di petak kedua dalam kunjungan sulung F1 ke Arab Saudi.

“Satu litar yang sangat sukar. Apa yang telah dibina sangat mengagumkan dengan kepantasan dan kelajuan di sini sangat luar biasa.

“Ianya keputusan yang baik bagi pasukan dan satu kerja yang baik juga oleh Valtteri untuk bermula di petak kedua. Beliau adalah teman sepasukan terbaik yang pernah ada dalam sukan ini,” ujar Hamilton dalam sidang media.

Sementara itu Max Verstappen nyata kecewa dengan keputusan ini namun beliau menyatakan segala-galanya adalah tentang esok. “Saya tidak mengerti apa yang terjadi pada selekoh terakhir itu. Tayar saya terkunci sedikit”.

“Tempat ketiga adalah satu kekecewaan tetapi hari ini membuktikan bahawa jentera kami pantas disini jadi kita saksikan apa yang akan berlaku esok,” jelas Verstappen.

Keputusan Sesi Kelayakan Grand Prix Arab Saudi:

1. Lewis Hamilton – Mercedes
2. Valtteri Bottas – Mercedes
3. Max Verstappen – Red Bull
4. Charles Leclerc – Ferrari
5. Sergio Perez – Red Bull
6. Pierre Gasly – Alpha Tauri
7. Lando Norris – McLaren
8. Yuki Tsunoda – Alpha Tauri
9. Esteban Ocon – Alpine
10. Antonio Giovinazzi – Alfa Romeo
11. Daniel Ricciardo – McLaren
12. Kimi Raikkonen – Alfa Romeo
13. Fernando Alonso – Alpine
14. George Russell – Williams
15. Carlos Sainz – Ferrari
16. Nicolas Latifi – Williams
17. Sebastian Vettel – Aston Martin
18. Lance Stroll – Aston Martin
19. Mick Schumacher – Haaa
20. Nikita Mazepin – Haas


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading