Permotoran

F1 Qatar: Hamilton kumpul trofi kemenangan ke-6 musim ini


Oleh: JJFIRDAUS

PEMANDU Mercedes, Lewis Hamilton menjuarai perlumbaan sulung Grand Prix Qatar dengan bergaya di Litar Antarabangsa Losail sekaligus merapatkan jurang mata daripada pencabar terdekat Max Verstappen.

Pelumba Britain itu yang juga juara dunia tujuh kali mendahului keseluruhan 58 pusingan dengan melakukan dua hentian pit untuk memenangi grand prix keenam musim ini.

Hamilton menamatkan perlumbaan 25.743 saat di hadapan Verstappen selepas tempoh Kereta Keselamatan Virtual yang membolehkan Verstappen membuat hentian pit untuk menukar tayar sekaligus berjaya melakukan masa sepusingan terpantas dan mendapat satu mata berharga.

Fernando Alonso berjaya menggunakan strategi satu hentian pit untuk menghabiskan perlumbaan di tempat ketiga untuk podium pertama sejak Grand Prix Hungary pada 2014.

Trofi kemenangan keenam Hamilton musim ini berlaku di Qatar.

Selain itu, Valtteri Bottas terkeluar selepas 48 pusingan selepas melakukan permulaan yang kurang baik dan terpaksa akur apabila tayar jenteranya gagal di tengah perlumbaan sekaligus Sergio Perez mendapat tempat keempat.

Perlumbaan seterusnya di Jeddah, Arab Saudi pada 5 Disember nanti adalah litar baharu dimana tiada pelumba yang dilihat mempunyai kelebihan awal.

Keputusan Grand Prix Qatar

1. Lewis Hamilton – Mercedes
2. Max Verstappen – Red Bull
3. Fernando Alonso – Alpine
4. Sergio Perez – Red Bull
5. Esteban Ocon – Alpine
6. Lance Stroll – Aston Martin
7. Carlos Sainz – Ferrari
8. Charles Leclerc – Ferrari
9. Lando Norris – McLaren
10. Sebastian Vettel – Aston Martin
11. Pierre Gasly – Alpha Tauri
12. Daniel Ricciardo – McLaren
13. Yuki Tsunoda – Alpha Tauri
14. Kimi Raikkonen – Alfa Romeo
15. Antonio Giovinazzi – Alpha Tauri
16. Mick Schumacher – Haas
17. George Russell – Williams
18. Nikita Mazepin – Haas
19. Nicolas Latifi – Williams
20. Valtteri Bottas – Mercedes

Kedudukan Pemandu Selepas GP Qatar

1. Max Verstappen – 351.5 mata
2. Lewis Hamilton – 343.5 mata
3. Valtteri Bottas – 203 mata
4. Sergio Perez – 190 mata
5. Lando Norris – 153 mata
6. Charles Leclerc – 152 mata
7. Carlos Sainz – 145.5 mata
8. Daniel Ricciardo – 105 mata
9. Pierre Gasly – 92 mata
10. Fernando Alonso – 77 mata

Kedudukan Pengeluar Selepas GP Qatar

1. Mercedes – 546.5 mata
2. Red Bull Racing – 541.5 mata
3. Ferrari – 297.5 mata
4. McLaren – 258 mata
5. Alpine – 137 mata
6. Alpha Tauri – 112 mata
7. Aston Martin – 77 mata
8. Williams – 23 mata
9. Alfa Romeo – 11 mata
10. Haas – 0 mata


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: