
Oleh: JJFIRDAUS
PERLUMBAAN Grand Prix Valencia akan dikenang sepanjang hayat kerana ianya adalah perlumbaan terakhir Valentino Rossi selepas 26 tahun berlumba dengan 432 perlumbaan.
Dia berjaya menamatkan saingan di tempat ke-10 sekaligus menganggap ianya perlumbaan yang istimewa buatnya.
“Ianya sangat emosional. Saya juga menerima sokongan dan penghormatan yang hebat daripada semua yang terlibat di paddock dan kesemua pelumba MotoGP yang lain.
“Saya dapat rasakan ianya hujung minggu yang hebat dan saya berjaya menamatkan perlumbaan pada kedudukan 10 teratas. Ini bermakna saya menamatkan karier saya yang panjang ini dengan 10 pelumba terbaik dunia.

“Ianya sangat penting buat saya, ianya sangat bermakna dan saya boleh gunakan keputusan ini untuk masa yang lama kerana saya boleh katakan saya tamatkan perlumbaan terakhir saya dalam 10 pelumba teratas,” ujar Rossi.
Terima kasih Valentino Rossi atas memori indah sepanjang 26 tahun ini. Bermula dari Shah Alam 1996 hingga ke Valencia 2021, 115 kemenangan dan tujuh kejuaraan dunia menjadi bukti anda adalah seorang legenda. Ciao Doctor. Grazie Vale.
Add Comment