Permotoran

F1 Sao Paulo: ‘Sprint Race’ milik Bottas


Valtteri Bottas. Foto: F1

Oleh: JJFIRDAUS

PELUMBA Mercedes, Valtteri Bottas mempamerkan pemanduan hebat apabila menjuarai perlumbaan ‘Sprint Race’ dalam Grand Prix Sao Paulo yang berlangsung di Litar Interlagos, Brazil

Menerusi perlumbaan 30 minit sejauh 100km itu, Bottas berjaya memintas Verstappen ketika permulaan perlumbaan sekaligus menempah petak pertama untuk perlumbaan utama Grand Prix Sao Paulo yang akan berlangsung awal pagi Isnin..

Pendahulu keseluruhan, Max Verstappen di tempat kedua dan berjaya menambah dua mata tambahan kepada mata keseluruhan dan melebarkan jarak mata kepada 21 mata.

“Ianya permulaan yang kurang baik. Saya rasakan kami mempunyai kelajuan yang baik tetapi kadang kala ianya sukar untuk memotong di litar ini. Kami akan mencuba semula esok dalam perlumbaan utama,” ujar Verstappen selepas perlumbaan.

Hasil kemenangan itu, Bottas juga turut berjaya mengumpul tiga mata tambahan dalam perlumbaan format baharu ketiga musim ini yang masih di peringkat ujian ini. Melengkapkan podium pada Sabtu adalah pelumba Ferrari, Carlos Sainz.

Malang buat Lewis Hamilton yang dibatalkan petak pertama beliau kerana melakukan kesalahan teknikal sekaligus terpaksa bermula dari petak terakhir dan terpaksa melihat Max Verstappen melebarkan kelebihan mata keseluruhan.

Hamilton berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kelima dan bakal bermula di petak kesepuluh esok kerana lebih awal sudah pun dikenakan penalti 5 petak grid permulaan untuk perlumbaan utama kerana pasukan membuat keputusan untuk menukar kepada enjin yang baharu.

Lewis Hamilton. Foto: F1

Perlumbaan Sprint ini juga dijadikan sebagai penentu grid perlumbaan esok dengan perlumbaan utama masih mengekalkan format lama dengan hentian pit wajib dan pelumba juga perlu menggunakan kedua-dua jenis tayar.

Adakah Verstappen dapat menjarakkan lagi kedudukan mata dan dimanakah Hamilton bakal berakhir dalam perlumbaan utama Grand Prix Sao Paulo sebanyak 71 pusingan awal pagi ini. Sama-sama kita saksikan.

Kedudukan grid perlumbaan bagi Grand Prix Sao Paulo awal pagi Isnin:

1. Valtteri Bottas – Mercedes
2. Max Verstappen – Red Bull
3. Carlos Sainz – Ferrari
4. Sergio Perez – Red Bull
5. Lewis Hamilton – Mercedes*
6. Lando Norris – McLaren
7. Charles Leclerc – Ferrari
8. Pierre Gasly – Alpha Tauri
9. Esteban Ocon – Alpine
10.. Sebastian Vettel – Aston Martin
11. Daniel Ricciardo – McLaren
12. Fernando Alonso – Alpine
13. Antonio Giovinazzi – Alfa Romeo
14. Yuki Tsunoda – Alpha Tauri
15. Lance Stroll – Aston Martin
16. Nicolas Latifi – Williams
17. George Russell – Williams
18. Kimi Raikkonen – Alfa Romeo
19. Mick Schumacher – Haas
20. Nikita Mazepin – Haas

Kedudukan Pemandu Selepas Sprint Race GP Sao Paulo (10 teratas)

1. Max Verstappen – 314.5 mata
2. Lewis Hamilton – 293.5 mata
3. Valtteri Bottas – 188 mata
4. Sergio Perez – 165 mata
5. Lando Norris – 150 mata
6. Charles Leclerc – 138.5 mata
7. Carlos Sainz – 131 mata
8. Daniel Ricciardo – 105 mata
9. Pierre Gasly – 86 mata
10. Fernando Alonso – 60 mata

Kedudukan Pengeluar Selepas Sprint Race GP Sao Paulo

1. Mercedes – 481.5 mata
2. Red Bull Racing – 479.5 mata
3. Ferrari – 269.5 mata
4. McLaren – 255 mata
5. Alpine – 106 mata
6. Alpha Tauri – 106 mata
7. Aston Martin – 68 mata
8. Williams – 23 mata
9. Alfa Romeo – 11 mata
10. Haas – 0 mata

* Penalti 5 petak grid kerana pertukaran enjin


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: