Permotoran

F1 Arab Saudi: Hamilton julang trofi juara penuh kontroversi


Hamilton merangkul juara di Jeddah awal pagi Isnin.

Oleh: JJFIRDAUS

LEWIS Hamilton menjuarai perlumbaan Grand Prix Arab Saudi yang dramatik di Litar Jeddah Corniche sekaligus menyamakan kedudukan mata untuk finale Formula Satu (F1) yang menarik minggu hadapan.

Grand Prix sulung yang berlangsung di Jeddah itu menyaksikan perlumbaan dihentikan dua kali ekoran bendera merah dengan persaingan menarik melibatkan Hamilton dan Verstappen berikutan terdapat pelanggaran, kereta keselamatan, bendera merah, taktik yang dikatakan kotor, penalti dan perdebatan hebat di antara Pengarah Perlumbaan, Michael Masi dan kedua-dua Prinsipal Pasukan.

Juara dunia tujuh kali itu juga berjaya mendapat satu mata tambahan selepas berjaya mencatat masa sepusingan terpantas untuk mengikat mata bersama Verstappen kepada 369.5 selepas 21 perlumbaan.

“Saya cuba untuk berlumba sekeras mungkin tetapi selamat dengan semua pengalaman berlumba yang saya miliki, memastikan kereta kekal di litar dan berlumba dengan bersih,” kata Hamilton selepas memenangi perlumbaan ke-103 dalam karier.

Pelumba Britain itu memulakan perlumbaan dari petak pertama tetapi dua kali dipintas oleh Verstappen ketika permulaan semula selepas dihentikan akibat bendera merah.

Beberapa insiden melibatkan mereka berdua berlaku di atas litar yang menyaksikan pelumba Belanda itu diarah untuk menyerahkan posisi kepada Hamilton, namun dia memperlahankan jenteranya dan dilanggar oleh Hamilton yang menuduh pencabarnya itu membuat cubaan ‘brake-testing’.

“Apa yang berlaku hari ini adalah tidak masuk akal dan sukan ini adalah lebih kepada penalti dan bukannya perlumbaan. Bagi saya, ini bukanlah Formula Satu” tegas Verstappen yang turut diundi sebagai ‘Driver of the Day’ oleh penonton.

Max Verstappen

Pusingan terakhir musim 2021 akan berlangsung di Litar Yas Marina, Abu Dhabi minggu hadapan dengan siapa yang memenangi perlumbaan atau mengatasi kutipan mata akan bergelar juara dunia dalam perebutan kejuaraan paling mencabar dalam era Hybrid ini.

Keputusan Grand Prix F1 Arab Saudi:

1. Lewis Hamilton – Mercedes
2. Max Verstappen – Red Bull
3. Valtteri Bottas – Mercedes
4. Esteban Ocon – Alpine
5. Daniel Ricciardo – McLaren
6. Pierre Gasly – Alpha Tauri
7. Charles Leclerc – Ferrari
8. Carlos Sainz – Ferrari
9. Antonio Giovinazzi – Alfa Romeo
10. Lando Norris – McLaren
11. Lance Stroll – Aston Martin
12. Nicolas Latifi – Williams
13. Fernando Alonso – Alpine
14. Yuki Tsunoda – Alpha Tauri
15. Kimi Raikkonen – Alfa Romeo
16. Sebastian Vettel – Aston Martin
17. Sergio Perez – Red Bull
18. Nikita Mazepin – Haas
19. George Russell – Williams
20. Mick Schumacher – Haas

Kedudukan Pemandu Selepas GP Arab Saudi

1. Max Verstappen – 369.5 mata
2. Lewis Hamilton – 369.5 mata
3. Valtteri Bottas – 218 mata
4. Sergio Perez – 190 mata
5. Charles Leclerc – 158 mata
6. Lando Norris – 154 mata
7. Carlos Sainz – 149.5 mata
8. Daniel Ricciardo – 115 mata
9. Pierre Gasly – 100 mata
10. Fernando Alonso – 77 mata

Kedudukan Pengeluar Selepas GP Arab Saudi

1. Mercedes – 587.5 mata
2. Red Bull Racing – 559.5 mata
3. Ferrari – 307.5 mata
4. McLaren – 269 mata
5. Alpine – 149 mata
6. Alpha Tauri – 120 mata
7. Aston Martin – 77 mata
8. Williams – 23 mata
9. Alfa Romeo – 13 mata
10. Haas – 0 mata


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: