Bola Sepak

Kedudukan Maloney masih jadi tanda tanya


Setiausaha Agung FAM, Saifuddin Abu Bakar

Oleh : SUBKHI SUDARJI

BERBAKI 25 hari lagi kedudukan pengendali skuad Bawah 22 tahun (B-22) Brad Maloney masih belum diputuskan sama ada terus membimbing atau sebaliknya.

Selepas menamatkan tempoh kuarantin dari kempen kelayakan yang berlangsung di Mongolia, Maloney pulang ke Australia bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.

Namun sehingga kini, Maloney masih belum memberikan kata putus mengenai kedudukannya walaupun Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyamakan hasrat untuk mengadakan rundingan.

Setiausaha Agung FAM, Saifuddin Abu Bakar menjelaskan sehingga kini belum ada apa-apa perbincangan yang boleh dilakukan mengenai kontrak Maloney yang bakal berakhir hujung tahun ini.

“Sebenarnya kami belum dapat jumpa lagi Maloney dan pasukan sebab mereka masih lagi menjalani kuarantin. Jadi terlalu awal, kalau kita nak bagi tahu bagaimana dengan kokntrak dia.

“Sebab kontrak ini kena berbincang dengan kedua-dua belah pihak. Kita belum tahu lagi, mungkin dia tak nak sambung, kita tak tahu,” katanya ditemui pada Majlis Makan Malam Penghargaan Pengadil di Hotel Concorde, Shah Alam, malam tdi.

Sebelum ini pengendali dari Australia itu berharap terus diberi kepercayaan untuk mengemudi pasukan itu kerana masih ada misinya yang belum diselesaikan.

Malah, Maloney menjelaskan ketika ini dia tetap meneruskan perancangan untuk menguatkan lagi pasukan bagi menghadapi kempen pusingan akhir Piala Asia yang bakal berlangsung di Uzbekistan nanti.

Skuad B-22 negara mara ke pusingan akhir Piala Asia apabila muncul juara Kumpulan J dalam kempen kelayakan yang berlangsung di Mongolia, bulan lalu.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: