
Oleh : SUBKHI SUDARJI /KHAIRUL AKMA
SELEPAS mempamerkan aksi kurang menyakinkan bersama skuad Harimau Malaya, Safawi Rasid mahu kembali menyerlah mempamerkan bisanya pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2020 yang bakal berlangsung di Singapura minggu depan.
Menyedari prestasinya kurang menyerlah pada musim ini sama ada bersama skuad kebangsaan mahupun Johor Darul Ta’zim (JDT), pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu mahu ‘reset’ kembali prestasi dan keadaan dirinya untuk tampil lebih baik.
“Bagi saya itu adalah lumrah sebagai pemain bola sepak sudah pastinya ada naik dan turun mungkin tahun ini prestasi saya buruk namun mungkin musim depan berbeza.
“Sebagai pemain bola sepak, kita tidak selalunya berada di atas kerana jika terlalu lama berada di tempat itu mungkin rasa sangat selesa sehingga menjejaskan prestasi.

“Ketika perasaan adalah seperti saya mula bermain bola sepak dengan berusaha bersungguh-sungguh memperbaiki prestasi untuk kembali seperti dahulu.
“Bagi saya tiada masalah jika ada pemain lain lebih menyerlah kerana perkara penting adalah memberi kelebihan kepada pasukan,” katanya.
Terdahulu, Prestasi hambar Safawi yang dilihat bergelut untuk mempamerkan aksi terbaiknya terus menjadi perdebatan antara kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) dan skuad kebangsaan.









Add Comment