
SABAH FC nampaknya serius mempersiapkan pasukan menjelang saingan Liga Super 2020 selepas terus mengikat pemain kebangsaan yang juga pertahanan kental Kedah Darul Aman FC, Mohd Rizal Ghazali.
Rizal merupakan pemain skuad kebangsaan Malaysia yang bermain di posisi pertahanan kanan dan begitu sinonim bersama pasukan Kedah.
Pemain berusia 29 tahun ini telah merangkul beberapa kejayaan bersama pasukan Kedah, antaranya Juara Liga Perdana 2015, menjadi pemain terbaik ketika menjuarai Piala Malaysia 2016 dan Juara Piala FA 2017 selain pernah beraksi untuk pasukan Perlis.
Perkhabaran gembira ini dikongsikan secara rasmi oleh pengurusan Sabah FC melalui laman Facebook rasmi kelab berkenaan.
Terdahulu, Sabah FC yang dibimbing Datuk Ong Kim Swee telah mengkat Baddrol Bakhtiar dan Dominic Tan bagi menghadapi saingan Liga Super musim depan.






Add Comment