Bola Sepak

“Tahniah KL City FC” – Tunku Ismail


Kuala Lumpur City FC merangkul trofi Piala Malaysia 2021.

Oleh: SURYATI MOHD NOR/ Foto: IZARI ROSLI

SEBAIK sahaja tamat aksi akhir Piala Malaysia 2021, pemilik Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim terus menyampaikan ucapan tahniah kepada Kuala Lumpur City FC (KL City) yang dinobatkan juara tahun ini.

Tunku Ismail yang dilaporkan turut hadir menyaksikan aksi akhir di Stadium Nasional Bukit Jalil memuatnaik ucapan tersebut di Instastorynya.

KL City FC merangkul trofi berprestij ini sekaligus menamatkan kemarau kejuaraan selama 32 tahun dengan permainan yang menarik dan jaringan daripada Zhafri Yahya dan kapten Paulo Josue.

Bagaimana pun, malam ini dilihat bukanlah ‘rezeki’ buat juara bertahan JDT itu biarpun tampil dengan sembilan percubaan tepat ke arah gawang namun dapat diselamatkan oleh Kevin Mendoza.

Malah JDT juga lebih mendominasi permainan namun gagal mencari sebarang gol sehingga tamat permainan.

Dua jam sebelum perlawanan Tunku Ismail menerusi satu kenyataan yang dimuatnaik di Instagram OfficialJohor memberitahu beliau amat gembira kerana Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan beraksi di final Piala Malaysia bersempena ulang tahun ke-100 pertandingan itu.

“Ia satu penghormatan. Syabas kepada skuad JDT. Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada skuad dan pengurusan Kuala Lumpur City FC kerana mencipta sejarah mara ke final selepas 32 tahun.

Jikalau kita memenangi trofi ini, ia akan menjadi sebuah lagi trofi untuk tahun ini selepas memenangi Liga Super Malaysia untuk layak ke Liga Juara-Juara AFC sekali lagi, dan juga Piala Sumbangsih.

“Jikalau tidak menang, saya sebenarnya gembira dapat melihat pasukan seperti KL bermain dalam saingan Piala AFC tahun hadapan.”


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: