Bola Sepak

Penantian 32 tahun Kuala Lumpur berakhir


 

Paulo Josue meledak gol kedua membantu kemenangan KL City FC

Oleh : SUBKHI SUDARJI / IZARI ROSLI

KUALA Lumpur City FC menamatkan penantian 32 tahun menjulang Piala Malaysia selepas berjaya menewaskan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT), 2-0 pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Kali terakhir Kuala Lumpur meraih gelaran tersebut adalah pada 1989 dengan menewaskan Kedah yang memastikan mereka mencipta kejayaan hatrik selepas turut bergelar juara pada 1987 dan 1988.

Dua gol KL City dijaringkan pada separuh masa kedua menerusi Zhafri Yahya pada minit ke 65 sebelum ketua pasukan Paulo Josue menggandakan kelebihan pada minit ke-73 untuk kedudukan 2-0.

Manakala impian JDT untuk melakar kejuaraan hatrik dalam tempoh lapan tahun selepas meraih gelaran juara pada 2017 dan 2019 tidak kesampaian.

Pada aksi yang berlangsung sebentar tadi, Bergson da Silva tidak menunggu lama untuk mengamatkan stadium menerusi percubaannya pada minit ke-8 yang terkena serta percubaanya ditutup Giancarlo Gallifuoco.

Ketangkasan Kevin Mendoza pada babak pertama pasti mengecewakan JDT selepas penjaga gol dari Filipina itu cemerlang menafikan beberapa percubaan berbahaya daripada JDT.

Memasuki babak kedua, KL City mula memberikan tekanan kepada lawan dan perlawanan kembali seimbang serta berjaya merencana beberapa serangan ke kubu lawan.

Ketenangan dan tahap disipilin tinggi KL City FC akhirnya membuahkan hasil apabila hantaran lintang J Partiban disudahkan dengan penuh ketenangan oleh Zhafri Yahya pada minit ke-65 untuk gol pembukaan buat KL City.

Impian barisan pemain Harimau Selatan untuk kembali dari permainan ranap apabila Farizal Marlias sekali lagi tertewas pada minit ke-74, kali ini menerusi jaringan voli kapten KL City FC, Paulo Josue.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: