
Oleh : SUBKHI SUDARJI / IZARI ROSLI
NYANYIAN bertenaga didendangkan Datuk Hattan semasa masa rehat separuh masa pertama nyata menghangatkan suasana pentas akhir Piala Malaysia 2021 di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.
Membawakan lagu berhantu Gadis Jolobu dan Gerhanaku berjaya memeriahkan suasana dalam stadium sementara menanti aksi separuh masa kedua.
Terlebih dahulu sebelum perlawanan berlangsung, Hattan juga diberikan penghormatan untuk menyanyikan lagi Negaraku.
Add Comment