Bola Sepak

Sanusi ‘bikin’ panas, “Sapa ada ‘gambaq’ rimau jalan tersipu-sipu”


Pemain-pemain KL City FC menjulang trofi Piala Malaysia 2021.

Oleh: AMMAR HAZIQ Foto: IZARI ROSLI

KEJUTAN  yang dilakarkan oleh Kuala Lumpur City FC  (KL City) menewaskan pasukan pilihan kelab Johor Darul Ta’zim (JDT)  2-0 pada final Piala Malaysia 2021 mendapat pujian pelbagai pihak dan pemerhati bolasepak tanah air.

Kejayaan mendakap Piala Malaysia tahun ke-100 tahun ini juga mendapat perhatian Menteri Besar Kedah merangkap Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang memuat status memuji skuad kendalian Bojak Hodak di Facebooknya pada malam Selasa.

“Tahniah KL City…saya dan jutaan peminat bola sepak tumpang gembira,” tulisnya.

Muhammad Sanusi yang sebelum ini turut mencuit pasukan Harimau Selatan ketika aksi suku akhir Piala Malaysia 2021 bertemu Kedah Darul Aman (KDA) FC dilihat terus ‘mengusik’ Juara Liga Super 2021 tersebut selang enam minit selepas ucapan tahniah kepada KL City FC.

“Sapa ada gambaq rimau jalan tersipu-sipu,” tulisnya.

Kejayaan KL City FC muncul juara Piala Malaysia 2021 berjaya memadam kemarau piala kejohanan tersebut selepas kali terakhir melakukannya pada tahun 1989.

Kejutan itu juga mematikan langkah cemerlang JDT FC untuk mempertahankan Piala Malaysia yang dimenangi mereka pada tahun 2019.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: