Bola Sepak

Ini adalah pencapaian tertinggi saya kecapi – Zhafri


Zhafri dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan akhir Piala Malaysia 2021.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

PEMAIN terbaik perlawanan akhir Piala Malaysia 2021, Zhafri Yahya menyifatkan anugerah yang dimilikinya merupakan satu pencapaian tertinggi yang diraih sebagai seorang pemain bolasepak profesional.

Baginya kecemerlangan aksinya ketika ini hasil perancangan dan pembaharuan dari jurulatih (Bojan Hodak) yang mengenalpasti posisi sesuai buat dirinya.

“Ini adalah percapaian tertinggi yang saya miliki, terima kasih kepada jurulatih dan juga media, peluang dimiliki malam ini tidak akan dilepaskan dengan jaringan gol,” jelasnya pada sidang media selepas perlawanan.

Pada masa sama, Zhafri melihat gol pertama hasil jaringannya menyuntik semangat rakan sepasukan untuk terus memburu gol dan mencipta kejayaan.

“Kami bukan pasukan pilihan terapi fokus selama 90 minit adalah tunjang utama kemenangan malam ini, saya betul-betul terkejut dengan keputusan malam ini, tidak pernah kalah selepas 21 perlawanan dan pentas akhir pula menewaskan JDT,” ujarnya.

Zhafri yang berusia 27 tahun meledak gol pertama KL City pada minit ke-66 untuk membantu skuad City Boys menewaskan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) 2-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Kejayaan itu menyaksikan KL City menamatkan penantian 32 tahun skuad City Boys selepas kali terakhir dimenangi mereka pada 1989.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: